Ramai orang pernah mendengar apa itu vitamin B. Tetapi tidak ramai yang tahu tentang segala kebaikan yang terkandung dalam vitamin B dan apa fungsinya. Disini, di blog ini, kami akan membantu anda merungkai dengan lebih lanjut tentang kebaikan dan fungsi vitamin B. Sebelum itu, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana anda masih mengikuti kami disini.Tidakkah anda tahu bahawa tubuh badan kita memerlukan pelbagai vitamin untuk memastikan tubuh sentiasa sihat? Antara salah satunya yang ingin saya tekankan disini adalah vitamin B. Vitamin B terbahagi kepada banyak jenis. Ada vitamin B1, B2 dan banyak lagi. Sampaikan kita yang baru mengenali tentang vitamin boleh menjadi keliru. Kita juga tertanya-tanya yang kita makan ni untuk apa, berkhasiat ke tak, jenis vitamin yang mana, cukup ke tak untuk sihat, betul tak?
Sebelum kita mendalami vitamin B dengan lebih lanjut, elok benarlah kiranya kita kembali semula ke topik kita pada kali ini iaitu VITAMIN B. Pada zaman sekarang ini, manusia berlumba-lumba mengejar kerjaya dan sebagainya sampai ada yang makan hanya sekadar keperluan. Apatah lagi yang langsung tidak mengambil apa-apa makanan.
Disini saya sertakan senarai vitamin B yang di perlukan dan fungsinya. Renung-renungkan, sebarang kemusykilan boleh dihantarkan terus kepada kami. Bersama kita kongsikan. Ikuti kami lagi selepas ini. =)
Terdapat pelbagai jenis vitamin B terdiri daripada B2 (thiamin), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B5 (asid panthothenic), B6 (pyridoxine), B12 (colabamine), B9 (acid folic), dan juga B7 (biotin). Gabungan antara semua ini dinamakan sebagai B complex. Setiap satu vitamin B tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Apakah yang akan terjadi sekiranya kita kekurangan vitamin B complex kepada kita?
- Melemahkan sistem saraf.
- Mengganggu sistem otak dimana ia akan meningkatkan risiko penyakit jantung.
- Pembentukan sel yang abnormal.
- Anemia (kurang darah merah)
- Juga dikaitkan dengan masalah depresi dan kehilangan memori.
- Keletihan.
- Sesak nafas.
- Insomnia (masalah gangguan tidur atau dalam bahasa orang putih sleeplessness)
- Kurang konsentrasi.
- Mudah tersinggung.
Apa yang vitamin B complex dapat bantu kita???Penting.......!!!!
- Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
- Mengelakkan penyakit beri-beri.
- Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
- Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
- Mencegah stress.
- Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
- Menguatkan antibodi tubuh.
- Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
- Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
- Mencegah anemia.
No comments:
Post a Comment