Wednesday, 6 March 2013

Vitamin B...Penting ke???

Ramai orang pernah mendengar apa itu vitamin B. Tetapi tidak ramai yang tahu tentang segala kebaikan yang terkandung dalam vitamin B dan apa fungsinya. Disini, di blog ini, kami akan membantu anda merungkai dengan lebih lanjut tentang kebaikan dan fungsi vitamin B. Sebelum itu, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana anda masih mengikuti kami disini.

Tidakkah anda tahu bahawa tubuh badan kita memerlukan pelbagai vitamin untuk memastikan tubuh sentiasa sihat? Antara salah satunya yang ingin saya tekankan disini adalah vitamin B. Vitamin B terbahagi kepada banyak jenis. Ada vitamin B1, B2 dan banyak lagi. Sampaikan kita yang baru mengenali tentang vitamin boleh menjadi keliru. Kita juga tertanya-tanya yang kita makan ni untuk apa, berkhasiat ke tak, jenis vitamin yang mana, cukup ke tak untuk sihat, betul tak?

Sebelum kita mendalami vitamin B dengan lebih lanjut, elok benarlah kiranya kita kembali semula ke topik kita pada kali ini iaitu VITAMIN B. Pada zaman sekarang ini, manusia berlumba-lumba mengejar kerjaya dan sebagainya sampai ada yang makan hanya sekadar keperluan. Apatah lagi yang langsung tidak mengambil apa-apa makanan.

Disini saya sertakan senarai vitamin B yang di perlukan dan fungsinya. Renung-renungkan, sebarang kemusykilan boleh dihantarkan terus kepada kami. Bersama kita kongsikan. Ikuti kami lagi selepas ini. =)
Terdapat pelbagai jenis vitamin B terdiri daripada B2 (thiamin), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B5 (asid panthothenic), B6 (pyridoxine), B12 (colabamine), B9 (acid folic), dan juga B7 (biotin). Gabungan antara semua ini dinamakan sebagai B complex. Setiap satu vitamin B tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Apakah yang akan terjadi sekiranya kita kekurangan vitamin B complex kepada kita?

  1. Melemahkan sistem saraf.
  2. Mengganggu sistem otak dimana ia akan meningkatkan risiko penyakit jantung.
  3. Pembentukan sel yang abnormal.
  4. Anemia (kurang darah merah)
  5. Juga dikaitkan dengan masalah depresi dan kehilangan memori.
  6. Keletihan.
  7. Sesak nafas.
  8. Insomnia (masalah gangguan tidur atau dalam bahasa orang putih sleeplessness)
  9. Kurang konsentrasi.
  10. Mudah tersinggung.

Apa yang vitamin B complex dapat bantu kita???Penting.......!!!!
  1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
  3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  5. Mencegah stress.
  6. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  7. Menguatkan antibodi tubuh.
  8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  9. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  10. Mencegah anemia.


Saturday, 2 March 2013

Rahsia Makanan Tambahan



Apa itu ubat?
Ubat secara umumnya adalah sesuatu bahan yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan. Ubat merangkumi ubat-ubatan moden seperti tablet, kapsul, suntikan dab sebagainya serta ubat-ubatan tradisional seperti jamu, herba dan sebagainya. Sesetengah ubat moden memerlukan preskripsi doctor (contohnya ubat telan dan suntikan) dan ada juga ubat yang tidak memerlukan preskripsi (contohnya vitamin, mineral dan jamu).

Makanan tambahan atau suplemen. Apakah itu?
Makanan tambahan atau suplemen ialah makanan kesihatann yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair ataupun minuman herba. Mengambil makanan tambahan adalah tidak salah terutama bagi wanita. Tidak ketinggalan juga untuk kaum lelaki. Tetapi, adalah diingatkan…anda perlu berhati-hati memilih produk makanan tambahan.

Kelebihan makanan tambahan:-

1. Memulihkan dan memelihara kesihatan individu.
2. Makanan tambahan juga dikenali sebagai makanan berfungsi, dimana ianya mengandungi bahan    lengkap   pada asasnya seperti protein, enzim, organic, glukos dan hormone. Ianya amat sesuai untuk golongan yang mengamalkan hidup yang kurang bergerak dan pengambilan makanan yang tidak seimbang.
3. Meningkatkan tenaga.

Tetapi,siapakah yang perlu mengambil makanan tambahan ini?????
Untuk menjawab persoalan ini,jom ikuti saya……
1.       Wanita dan hamil dan menyusu anak
2.       Pengamal diet yoyo (penambahan balik berat badan)
3.       Perokok
4.       Pengamal vegetarian
5.       Peminum  alkohol yang kerap
6.       Pesakit yang mengikuti jadual pemakanan yang khusus
7.       Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12
8.       Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.


Sebelum kita mengenali produk suplemen dengan lebih jauh. Marilah kita ketahui kesan yang akan di alami oleh orang yang baru menggunakan produk suplemen. Antaranya:-
1.       Pening-pening
2.       Kerap membuang air kecil. Hal ini kerana, ia mampu membantu membuang toksik kita di dalam badan.

*p/s: Tetapi jangan risau kerana hal ini tidak akan berlanjutan lama.

Selepas mengamalkannya anda akan merasai perubahannya seperti:
  • .       Meningkatkan tahap tenaga                                                      

  • .      Menguatkan tulang

  • .       Mencantikkan kulit

Ingin mengetahui lebih lanjut…sila ikuti kami dari semasa ke semasa…


Sebutir suplemen setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh.